KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Salahudin Ayub mahu Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan kenapa beliau begitu takut untuk berdepan dengan kekalahan Umno BN pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Ketakutan bekas perdana menteri itu kata Salahudin, sangat jelas kelihatan apabila sering mengeluarkan kenyataan yang cuba menakutkan rakyat kononnya akan berlaku huru-hara selepas PRU13 nanti.

"Saya merasakan Mahathir terlalu takut dengan kekalahan Barisan Nasional, dan sekiranya benar kerajaan BN tidak mampu lagi bertahan pada pilihan raya akan datang, apa yang sebanarnya yang Mahathir takutkan sangat," soalnya.

Mahatir sebelum ini telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan yang disifatkan sebagai 'provokasi jahat' apabila mendakwa Pakatan Rakyat akan melakukan huru-hara jika kalah pada PRU13 akan datang.

Sebaliknya, pada pandangan Pakatan Rakyat, mereka bimbang jika BN yang akan melakukan huru-hara jika kalah pada PRU13 kerana tidak dapat menerima hakikat kekalahan tersebut setelah lebih 50 tahun memegang tampuk kuasa.

Ini kerana, Pakatan Rakyat sudah biasa menerima kekalahan dalam pilihan raya berbanding BN.

Malah jika diikutkan perkembangan dan situasi terkini, banyak program anjuran Pakatan Rakyat disabotaj dengan serangan samseng dan perbuatan khianat terhadap kenderaan pemimpin Pakatan Rakyat.

Mengulas lanjut, Salahudin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian mencabar Mahathir agar menjelaskan kepada rakyat, apakah sebenarnya yang ditakuti bekas perdana menteri itu.

"Kita nak dia jawab. Mungkin terdapat beberapa faktor atau isu besar yang menghantui kehidupan Mahathir apatah lagi dia yakin dan percaya BN tidak mampu lagi berrtahan.

"Kita mintajk dia bagitahu rakyat apa yang dia takut sangat," katanya.

Share on Myspace